Wednesday, October 03, 2007
9 hari lagi Ramadhan akan berakhir
memberi ruang untuk bulan Syawal
mengetuk tabir setiap orang Melayu Islam di Singapura ini
buat pertama kalinya juga
lagu Raya yang berkumandang di corong radio
melahirkan bibit yang tidak menceriakan aku
bagaimana aku harus menyambut Hari Raya kali ini
tanpa kehadiran 2 insan yang amat aku sayang
melihat suramnya wajah mama
setiap kata2 yang dilafazkan tentang atuk & abah
aku... aku cuba untuk menggembirakannya
mampukah aku menahan air mata yang mudah mengalir ini?
mampukah aku membahagiakan mama pada Syawal kali ini?
Ya Allah... berilah aku kekuatan
setiap kali melihat mereka di luar
bersama kedua nenek & datuk mereka
setiap kali itu juga
memori bersama atuk & abah akan berlegar di ingatan aku
keceriaan di wajah aku
hanya untuk meneruskan kehidupan ini
tapi seringkali juga kerinduan pada mereka
tidak dapat aku lindungi
hun... terima kasih
terima kasih kerana memahami
Ya Allah
cucurilah Rahmat ke atas roh
atuk, abah & kedua Pakcik ku
tempatkan mereka bersama orang2 yang beriman
Al-Fatihah
Updated @ 3:39 PM