Saturday, March 29, 2008
kau hadir dalam hidupku
tanpa aku sedari, tanpa aku pinta
tanpa aku terfikir bahawa kita akan bahagia bersama
sedari mula kita berkenalan
tiada persamaan di antara kau & aku
tetapi kita melaluinya bersama
memahami & menyelesaikan segalanya
tiada kata-kata yang dapat menjelaskan
betapa aku senang berada di sisi kau
kau sumber kekuatan aku, kau sumber inspirasi aku
kau sentiasa di sisi di kala suka & duka
kau disisi menjejaki setiap langkah yang aku pilih
kau disisi meyakini kebolehan aku
tidak mampu aku melafazkan betapa aku menyanyangi kamu
betapa aku menghargai peluang yang diberi untuk bersamamu
selama-lamanya
hak cipta milik
-Nur Azyyati-
Updated @ 5:12 AM